Seorang wanita itu
Walaupun bagaimana keras zahirnya
Masih tersimpan santunnya
Seorang wanita itu
Walau mencuka panjang sedepa
Masih tetap akan terbibit manisnya
Seorang wanita itu
Walau ditahan tahan air mata
Pasti akan menitis jua akhirnya
Seorang wanita itu walau nampak kudratnya
Di dalam tersimpan enrgi yang tidak mampu ditandingi
Sesiapa pun wanita itu
Tetap cantik di mata ALLAH
kerana lantunan IMANnya
Kerana sendu rindunya
Dalam larutan tahajud dia berlagu..
via Farrah Shahwir