Pages

Tuesday, 20 May 2014

Diploma Sains AS120

Assalamualaikum w.b.t. semua..Apa khabar.tarikh 10.5.2014 adalah tarikh yang ditunggu-tunggu oleh semua pelajar lepasan SPM 2013..iaitu tarikh keluar UPU..macam mana dengan keputusan korang semua..ada yang dapat asasi , diploma n lain2.bagi yang dapat tu.saya nak ucapkan tahniah.bagi yang tak dapat tu...jangan sedih2 k.InsyaAllah rezeki anda di tempat lain.Rezeki masing2 telah ditentukan oleh Allah.Cuma kita ni yang kena yakin bahawa Allah sentiasa ada untuk kita..

Masa tu saya pun berdebar-debar nak tunggu keluarnya keputusan UPU..hanya mampu berdoa kpd Allah agar diberikan keputusan yang menggembirakan dan alhamdulillah saya dapat program yang saya hajati selama ini iaitu DIPLOMA SAINS UiTM..bila dah dapat result tu,,apa lagi..ambil air sembahyang dan terus sujud syukur la.alhamdulillah walaupun sebelum ni nak sangat asasi sains PALAM..tp,,mungkin rezeki saya kat diploma sains..tp,perasaan berdebar-debar tu still tak hilang lagi sbb tak tahu penempatan uitm mana..huhu.kena tunggu esok pukul 11 pulak utk tahu dapat uitm mana..harap2 dekat je kat rumah.haha

so,hari nya pun tiba..bukak2 je.dapat kampus transit kat UiTM Jengka n kampus tetap UiTM Tapah..i was like..WHAT?? jauh nya kan..but apa2 pun alhamdulillah.even jauh..still kita dapat belajar daripada orang lain kan..so,lepastu sibuk la bukak fb n berSMS dengan kawan2 .tanya diorang dapat mana..kawan2 ramai dapat UiTM Segamat..untunglah kan..dekat.just 2 hours..me?? 5-7 hours from home..but it;s okay.leh merantau tempat orang kan..lepastu,pegi la search UiTM Jengka n UiTM Tapah..

UiTM Jengka ni dah lama..and i hope sekejap je kat situ bcoz UiTM Tapah was really2 beautiful and baru siap..so,mmg selesalah kan..huhu..x sabar rasanya nak masuk situ..katanya ,Diploma sains ni 2 tahun setengah..betul ke? x pasti..but i hope it is true..so,sekejap je la kan.hehe.

tak lama lagi,,saya akan masuk ke uitm jengka..oh Allah..berilah kekuatan untuk menjalani hidup sebagai pelajar universiti..dengan study lagi + kampus life lagi..i hope can adapt it and be more maturing person..minggu mds orang kata mencabar..oh.. i hope i can adapt it..seminggu je kan..haha.i hope i can have many friends yang leh satu kepala dgn i..haha.lepas je grad diploma sains ni..korang semua boleh je nak ambil degree in medic,dentist,pharmacy n bidang2 lain.but i dengar kena score 3.8++ untuk bidang kritikal...korang doakan saya dapat buat medik lepas grad diploma ye..i hope sgt2..k la..nak pegi pack brg2..huhu.lagi seminggu je nak berangkat ke jengka..doakan saya ye..

ni la UiTM Tapah..cantik kan
http://tapah.uitm.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=94:galeri&catid=54:album-galeri&Itemid=123



Click to enlarge img_6955.jpg









Monday, 31 December 2012

Wanita Panahan Hati

Seorang wanita itu
Walaupun bagaimana keras zahirnya
Masih tersimpan santunnya

Seorang wanita itu
Walau mencuka panjang sedepa
Masih tetap akan terbibit manisnya

Seorang wanita itu
Walau ditahan tahan air mata
Pasti akan menitis jua akhirnya
Seorang wanita itu walau nampak kudratnya
Di dalam tersimpan enrgi yang tidak mampu ditandingi

Sesiapa pun wanita itu
Tetap cantik di mata ALLAH
kerana lantunan IMANnya
Kerana sendu rindunya
Dalam larutan tahajud dia berlagu..

via Farrah Shahwir

Tuesday, 11 December 2012

Rindu Kepada Rasulullah

Adakalanya, saya berasa sangat rindu kepada baginda dan alangkah indahnya jika baginda saw masih ada bersama.Saya pasti ingin berusaha berada hampir di sisi Baginda saw.Melihat senyumannya melalui kejauhan juga tidak kira nyata atau mimpi, pasti akan menenggelamkan saya dalam lautan kebahagiaan dan menghapuskan parut dan luka di hati. :)

Friday, 9 November 2012

Dirimu Begitu Berharga

" Kupu-kupu tidak pernah tahu warna sayapnya tetapi insan tahu betapa indahnya ia.Ia juga seperti dirimu.Engkau tidak tahu betapa indahnya dirimu, tetapi Allah tahu betapa istimewanya dirimu di mataNya ketika engkau taat dan patuh pada suruhanNya,ikhlas dengan semua yang engkau alami, tersenyum saat sukar, tegar dalam ujian dan tetap teguh dalam iman yang dimiliki.Semoga engkau menjadi insan terpilih dan terindah di hadapanNya."

Malu, lambang keindahan dan kemuliaan wanita bermaruah

Daripada Sa'id Al Khudri katanya :

"Baginda Rasulullah adalah seseorang yang sangat pemalu lebih daripada seorang dara dalam kelubungnya dan apabila melihat sesuatu yang tidak disukai Baginda, nescaya kami dapat camkan yang demikian itu daripada wajah Baginda"

mutiara kata

"Jika Allah s.w.t. memberi hidayah kepada seseorang lantaran kamu, itu lebih baik bagimu daripada setiap apa yang disinari matahari."